Wednesday, 9 April 2014 | 15:15 | 0 Atasinchi
Satu telefon bimbit bergolek di atas meja. Lantas muka dipaling ke arah tuannya. "Weh kau kenapa?" Tiada jawapan cuma satu keluhan panjang dihela. Air di dalam gelas biru diteguk membasah tekak yang dahaga. Terdengar pula keluhan lega.Serabut dia kata. Serabut dengan seorang kawan perempuan yang sentiasa mengadu masalah yang ada. Seolah-olah hidup dia adalah untuk menyelesaikan masalah seorang perempuan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya. Tegas suara yang membuktikan dia tidak bergurau senda.
"Memanglah perempuan sifat dia manja tapi tak kan manja sampai macam ni sekali?" Sekali lagi dia berbunyi. Dan dia mengambil tindakan berani. Untuk beberapa hari dia mahu mendiamkan diri. Dia mahu perempuan itu sedar hidup ini bukan semudah ABC.
Tangan ini tepuk bahu dia berkali-kali. Suruh dia bertenang dan habiskan air yang dia beli tadi. "Tak payah nak serabut sangatlah weh lepas ni kita lepak sepuas hati." Hanya itu cara yang kami tahu untuk lepaskan semua masalah dalam diri.
Mata melihat ke satu penjuru. Mulut ingin berkata sesuatu. Tapi mungkin tidak perlu. Biarlah hati yang sebut satu per satu. "Weh, bila perempuan cerita masalah dia tanpa segan silu, itu bukan mengadu, itu tandanya dia percayakan kau tapi kau je tak tahu semua tu."
________________________________________________________________________________________
Friday, 28 March 2014 | 02:26 | 0 Atasinchi
Dia menangis di hujung talian. Aku cuba tenangkan. Esakan dia mula berkurangan. Dia mula bercerita perlahan-lahan. Aku pasang telinga kiri dan kanan. Dia habiskan cerita dengan satu keluhan. Kesian.Dia jarang cerita tentang kekasih dia. Tapi kali ini dia dah tak tahan jadi dia luahkan semua. Kekasih dia macam dah bosan dengan dia. Dia tanya sepatah jawab pun sepatah juga. Sabarlah awak, cuma itu mampu aku kata. Lagipun aku tak pernah jumpa kekasih dia. Setakat tengok gambar tak dapat tahu kekasih dia macam mana.
Bro, aku tahu entry ini kau tak baca. Cuma aku harap kau dapat rasa apa aku rasa.
Awek kau setia orangnya. Kau buat apa semua dia percaya. Tapi jangan buat semua itu tiket untuk kau sakitkan hati dia. Memang dia selalu diam tapi jangan sebab itu kau nak besarkan semua masalah yang ada. Memang dia selalu mengalah tapi jangan sebab itu kau nak menang setiap masa.
Bila kau buat dia macam tak ada, kau tahu tak berapa ramai orang cuba tarik perhatian dia? Kau tahu tak berapa ramai orang dia reject sebab dia nak kau saja? Kau tahu tak berapa ramai orang dia suruh cari perempuan lain sebab dia nak kau dengan dia bahagia sampai hujung nyawa? Kau rabun ke buta? Kau tak nampak ke dia sayang kau gila?
Aku susah nak percayakan orang. Tapi sebab dia pilih kau jadi aku rasa kau mungkin lebih sesuatu yang aku kurang. Aku cuma tak nak kau buat dia macam bola yang kau boleh sepak terajang. Oh dan satu lagi, satu hari nanti aku harap kau akan pandang belakang. Kau akan nampak aku dalam satu barisan panjang cuba curi hati dia yang kononnya dulu kau sayang. Mungkin aku tak kelakar macam kau yang boleh buat dia ketawa riang, tapi aku jamin aku takkan buat dia menangis macam kau buat sekarang.________________________________________________________________________________________
| 02:13 | 0 Atasinchi
Rasa bagai di syurga. Dapat balik rumah dan rehatkan kepala yang penuh dengan formula. Segelas air Milo jadi teman setia. Telefon bimbit yang jatuh di bawah katil dibiarkan saja. Oh tenangnya. Tiba-tiba telefon bimbit yang jatuh tadi berdering memecah suasana. Satu nombor tertera. Siapa yang call malam-malam buta? "Hello."
"Hello. Ni Yen ke?"
"Ya. Ni sape?"
"Aku A. Boyfriend baru B."
"Ooo."
"Aku tak nak kau ganggu B lagi."
"Okay."
"Kalau kau contact dia lagi, siap kau pasni!"
"Okay. Lagi?"
Talian dimatikan. Aku ingatkan ada lagi amaran. Nak juga aku tulis atas kertas kalau banyak sangat amaran nak diberikan. Tiba-tiba rasa nak jerit macam orang sawan. Membazir dua minit waktu aku berangan sebab pergi layan.
B itu ex aku. A itu kekasih B yang baru. Nampak tak watak aku dekat situ? Kali terakhir aku dan B contact masa awal bulan 3 dulu. Bulan 3 dah nak berlalu. Kenapa sekarang baru nak cari aku? Jadi aku anggap ini semua sebab cemburu.
Lelaki pun manusia. Ada rasa cemburu dia. Cuma cara dia tangani cemburu itu akan tunjukkan dia lelaki yang macam mana.
Ada lelaki bila cemburu dia diam saja. Dia pendam semua. Kadang-kadang awek dia pun tak perasan dia cemburu gila. Itu tak apa.
Ada lelaki bila cemburu dia cakap elok-elok dengan awek dia. Cakap dia tak suka. Perbincangan terbuka. Jadi awek dia akan tahu dia buat salah dekat kekasih dia. Yang salah dibetulkan sama-sama.
Ada lelaki bila cemburu dia marah-marah. Ada yang marah awek dia sebab dia rasa awek dia salah. Ada yang marah orang ketiga yang dia rasa pemusnah. Kalau gaduh pun gaduhlah. Dia tak kisah.
Cuma satu aku nak pesan. Kau lelaki dicipta untuk melindungi perempuan. Jangan sebab cemburu kau naik tangan. Kalau diri sendiri pun kau tak boleh kawal macam mana kau nak kawal hidup bila berpasangan? Macam mana kau nak kawal sebuah kapal dalam pelayaran? Kalau cemburu sangat kau boleh ajak bincang sebagai anak jantan. Kalau betul orang itu salah kau maafkan. Dan kalau kau salah kau mengaku kesalahan. Jangan ikut sangat perangai syaitan.
ps : Kekasih kau tu jenis setia. Kalau dia sayang kau dia tak pandang orang lain punya. :)________________________________________________________________________________________
| 01:58 | 0 Atasinchi
Aku pernah berjanji dulu cuma kau yang satu. Aku pernah kata dulu hanya kau yang mampu. Aku pernah bersumpah dulu hanya kau yang aku mahu. Aku pernah sebut dulu kau separuh daripada aku.Kau juga kata yang serupa. Kau juga berjanji setia.
Tapi tiba-tiba muncul seorang lelaki. Orang yang selalu bersama kau ke sana ke sini. Orang yang kau selalu berkongsi masalah tentang itu ini. Dan kau tersentuh hati. Dia buat kau percaya yang dia akan jaga kau sampai mati dan buat kau lupakan aku yang tak berguna ni.
Keadaan tegang dan kau mula rimas bila bertengkar setiap masa. Aku tidak mahu mengeruhkan suasana. Aku mahu kau tapi kau mahu dia dan dia mahu kau juga. Aku tak akan menang walau apa cara aku cuba. Jadi aku lepaskan kau walaupun berat hati aku rasa.
Hari ini kau masih ada dalam aku. Setiap kali aku rindu kau yang muncul dulu.
Namun kau cuma boleh pilih satu. Tapi bukan aku. Sebab dia ada dengan kau setiap waktu.
Pergilah kau bersama dia. Aku rasa dia lebih sempurna. Aku pernah janji dulu akan beri setiap benda yang kau minta. Ambil ini sebagai hadiah terakhir antara kita. Kalau kau baca, kesat air mata. Aku tak suka. Aku cuma mahu kau bahagia.
Thursday, 27 February 2014 | 17:42 | 0 Atasinchi
Kau tak sayangkan aku.
Kau cuma tak nak hidup sunyi. Atau mungkin,
Mungkin aku je yang boleh sabar dengan ego kau. Atau,
Atau mungkin, aku je yang boleh tenangkan hidup kau yang berserabut.
Aku je yang faham kau, dengar masalah kau.
Tapi kau tak sayangkan aku.
Sebab kau tak mungkin akan hancurkan orang yang kau sayang.
Aku marahkan diri aku, bukan marahkan kau.
Aku marah sebab selalu layan kau baik. Aku marah sebab minta maaf
untuk benda yang bukan silap aku. Aku marah sebab aku selalu fikirkan kau.
Dan yang paling aku marah, aku tak boleh bencikan kau,
sebab sepatutnya kau lah yang paling aku benci.
________________________________________________________________________________________
Aku marahkan diri aku, bukan marahkan kau.
Aku marah sebab selalu layan kau baik. Aku marah sebab minta maaf
untuk benda yang bukan silap aku. Aku marah sebab aku selalu fikirkan kau.
Dan yang paling aku marah, aku tak boleh bencikan kau,
sebab sepatutnya kau lah yang paling aku benci.
| 16:09 | 0 Atasinchi
Sebelum ni, dia lah manusia yang janji setia dengan aku. Dia lah yang aku kongsi segala benda. Dia yang aku percaya tak akan tinggalkan aku sampai bila bila. Tapi aku silap. Semalam dia pergi, macam orang sebelum dia. Tak ada beza.
Kadang-kadang aku terfikir, kenapa janji tu senang sangat dikeluarkan? Diorang sedar tak janji tu sangat sangat bagi orang harapan? Dan yang paling sedih, harapan tu cuma harapan palsu. Bodohnya aku.
Mungkin silap aku. Aku terlalu percayakan dia. Aku terlalu sayangkan dia. Aku sayangkan dia sampai aku lupa untuk sayangkan diri aku.
Tak apa lah. Benda dah jadi. Aku percaya setiap yang jadi ni ada hikmahnya. Aku terima.
Untuk awak, baca ni. Saya tak pernah benci awak walaupun awak dah musnahkan hati saya. Saya tak pernah berhenti sayangkan awak walaupun awak dah pergi. Tolong jaga diri. Jangan cepat menangis. Awak kena kuat. Jaga semua hadiah yang saya pernah bagi awak. Termasuk hati saya. Hati saya dah jadi milik awak. Saya ikhlas. Terima kasih untuk 7 bulan ni. Awak pergilah.
ps : Sakit gila bila terpaksa undur diri untuk tengok orang yang kita sayang bahagia dengan orang lain.
Monday, 21 October 2013 | 22:33 | 0 Atasinchi
AKU
TIERA
AKU
TIERA
AKU
TIERA
AKU
TIERA
3 Perkara :
- tulisan aku sebenarnya lagi cantik. cuma, yelah. malas nak menunjuk.
- jangan pertikaikan kenapa lukisan aku buruk. aku budak math.
- aku sayang tiera. bye.
















Yenn Comel !

Ayein