Sweet Potato
About MeYeyenLove ThemEntries

________________________________________________________________________________________
Friday, 28 March 2014 | 02:26 | 0 Atasinchi
Dia menangis di hujung talian. Aku cuba tenangkan. Esakan dia mula berkurangan. Dia mula bercerita perlahan-lahan. Aku pasang telinga kiri dan kanan. Dia habiskan cerita dengan satu keluhan. Kesian.


Dia jarang cerita tentang kekasih dia. Tapi kali ini dia dah tak tahan jadi dia luahkan semua. Kekasih dia macam dah bosan dengan dia. Dia tanya sepatah jawab pun sepatah juga. Sabarlah awak, cuma itu mampu aku kata. Lagipun aku tak pernah jumpa kekasih dia. Setakat tengok gambar tak dapat tahu kekasih dia macam mana.


Bro, aku tahu entry ini kau tak baca. Cuma aku harap kau dapat rasa apa aku rasa.


Awek kau setia orangnya. Kau buat apa semua dia percaya. Tapi jangan buat semua itu tiket untuk kau sakitkan hati dia. Memang dia selalu diam tapi jangan sebab itu kau nak besarkan semua masalah yang ada. Memang dia selalu mengalah tapi jangan sebab itu kau nak menang setiap masa.


Bila kau buat dia macam tak ada, kau tahu tak berapa ramai orang cuba tarik perhatian dia? Kau tahu tak berapa ramai orang dia reject sebab dia nak kau saja? Kau tahu tak berapa ramai orang dia suruh cari perempuan lain sebab dia nak kau dengan dia bahagia sampai hujung nyawa? Kau rabun ke buta? Kau tak nampak ke dia sayang kau gila?


Aku susah nak percayakan orang. Tapi sebab dia pilih kau jadi aku rasa kau mungkin lebih sesuatu yang aku kurang. Aku cuma tak nak kau buat dia macam bola yang kau boleh sepak terajang. Oh dan satu lagi, satu hari nanti aku harap kau akan pandang belakang. Kau akan nampak aku dalam satu barisan panjang cuba curi hati dia yang kononnya dulu kau sayang. Mungkin aku tak kelakar macam kau yang boleh buat dia ketawa riang, tapi aku jamin aku takkan buat dia menangis macam kau buat sekarang.
PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Me ◕


Holla ! You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google