Sweet Potato
About MeYeyenLove ThemEntries

________________________________________________________________________________________
Friday, 21 June 2013 | 12:08 | 0 Atasinchi
Aku lena. Pejam mata. Tiba-tiba satu cahaya tiba. Ada rasa sinar dalam mata. Mata dibuka dan ditutup semula. Silau gila. Tangan kanan diletak di depan muka. Aku cuba buka mata. Kali ini berjaya. Aku melihat cahaya itu dari celah-celah jari kanan yang aku guna.


Cahaya itu kian malap. Aku nampak seorang perempuan tinggi anggun berbaju putih bersayap. Matanya ditatap.


Mata aku tidak berkelip walau sekali. Tidak ada perkataan dapat diucap kali ini. Jantung berdegup pantas umpama baru lepas berlari. Inilah bidadari yang aku cari, cetus hati aku sendiri.


Aku letak tangan kanan di tengah dada. Aku tekan jari, meleleh darah keluar dari dada jatuh ke riba. Jeritan kecil dihela. Sakit gila. Tapi aku rela. Demi bidadari di depan, bidadari yang aku suka. Di tengah dada, berongga satu lubang kecil yang muat-muat tangan aku sahaja. Aku seluk tangan dan keluarkan sesuatu yang tak disangka.


"Nah, hati saya."
"Nak buat apa?"
"Tolong jaga."
"Saya tak bersedia."
"Saya tak kira."


Hati aku bertukar penjaga. Hati aku di dalam tangan bidadari di depan mata. Bidadari yang baru aku kenali beberapa saat cuma. Bidadari itu perlahan-lahan terapung di udara. Aku terpinga. Bidadari kenapa? Bidadari nak pergi mana? Bidadari nak tinggal saya?


Cahaya terang sekali lagi tiba. Aku menutup mata. Sesaat kemudian semuanya gelap semula. Mata aku melilau ke sini sana. Bidadari aku sudah tiada. Sakit dada mula terasa. Aku genggam dada, teringat hati yang sudah tiada. Aku terbaring hampa. Cinta buat aku gila. Cinta membunuh jiwa.


"Sepatutnya aku potong dua, bukan bagi semua. Sekarang aku dah tak ada apa-apa."


ps : Jangan beri hati kepada orang yang akan pergi ;)
PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Me ◕


Holla ! You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google