Sweet Potato
About MeYeyenLove ThemEntries

________________________________________________________________________________________
Wednesday, 21 August 2013 | 21:53 | 0 Atasinchi
Teman sebilik aku baru sahaja putus cinta. Menurut kata ex bf dia,


"I tetap sayangkan you tapi I rasa kita tak serasi. I need space for myself. So kita breakup je la."


Wah! Aku kagum dengan kata-kata ex bf teman sebilik aku itu. Cliche. Kata-kata untuk memanipulasikan situasi supaya dia tidak dipersalahkan dalam keadaan tersebut.


Aku tidak mahu komen pasal sikap ex bf dia sebab aku bukan pakar menilai sikap lelaki walaupun bagi aku, kata-kata itu mengambarkan sikap selfish, tidak bertanggungjawab, penakut, dan tidak mahu komitmen!


Tapi aku kagum dengan sikap teman sebilik aku dalam menghadapi situasi sebegini. Dia tidak meratap hiba, menangis atau bermurung. Dia berkata dengan nada lucu sambil ligat menaip assignment bertimbun di atas katilnya.


Bukan dia tak sayang. Bukan dia dah ada orang lain. Tetapi tidak ada apa perlu ditangiskan disedihkan. Putus cinta sahaja bukan kematian apa-apa.


Aku rasa zaman melankolik perempuan telah berlalu. Maaf lelaki di luar sana. Mungkin saat ini kami tiada punya ruang untuk rasa kecewa.
PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Me ◕


Holla ! You've dropped in my space. Be nice here and copycats not allowed. Thank you :)
_______________________________________
◕ Shout Here ◕


_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google