Friday, 30 August 2013 | 21:26 | 0 Atasinchi
Kawan aku pernah bertanya :“Yen, sakit tak putus cinta?”
Aku diam dan memandang dia.
“Tak, lagi sakit jatuh cinta.”
Kawan aku pandang aku pelik. Mana ada orang rasa sakit bila jatuh cinta, semuanya bahagia sahaja.
“Kenapa pula?”
“Kerana bila kau jatuh cinta, kau sakit menanggung rindu, kau sakit melepaskan apa yang kau ada untuk dia, kau sakit bila dia tidak ada, kau sakit bila lihat dia dengan orang lain, kau sakit menghitung nasib hubungan kau dengan dia. Apa yang lalui hanyalah kesakitan yang kau panggil bahagia. Sedangkan sakit putus cinta tu hanya satu.”
Kawan aku pandang aku tanpa kelip dan dia diam tanpa menyoal.





Yenn Comel !

Ayein